•
SMK
SETIA WANGSA telah ditubuhkan pada 02 April 1962 dengan nama pertamanya ialah
Sekolah Menengah Rendah Jenis Kebangsaan Kuala Lipis.
•
Ianya
bermula sebagai sebuah sekolah lanjutan yang menempatkan para pelajar yang
tidak mendapat tempat ke tingkatan satu disebabkan oleh keputusan peperiksaan
yang tidak memenuhi kehendak jabatan Pendidikan.
•
Pelajar
berdaftar pada masa itu ialah seramai 126 orang dengan 8 orang tenaga
pengajar sahaja. Bangunan pertama bertempat di sekolah menengah Clifford.
Sebelum dipindahkan ke bangunan bersebelahan Sekolah Kebangsaan Wan Ibrahim
yang terletak di atas bukit.
•
En.
Khir Johari (sekarang Tan Sri) yang kemudiannya telah menjadi Menteri
Pendidikan datang melawat ke daerah Lipis. Beliau menyampaikan sebuah berita
gembira bahawa Jabatan Pendidikan telah memperoleh sebidang tanah untuk
membina sebuah sekolah yang baharu.
•
Berita
ini telah disampaikan oleh mendiang Santa Singh. Penghujung tahun 1970-an,
sebuah industri seni telah ditawarkan untuk dibina dalam Kawasan sekolah.
Bengkel ini merupakan bangunan bengkel dua tingkat pertama di Malaysia.
•
Bersepakat
menamakan sekolah bersempena Bahagian Pendidikan dan Ketua Kampung Budu
dengan gelarannya sebagai Orang Besar Berlapan iaitu Dato’ Setia. Maka
lahirlah SMK Setia Wangsa.
•
Pintu
masuk SMK Setia Wangsa telah ditandakan dengan dua buah batu giling yang
diderma oleh ladang Selbourne dan batu-batu itu dibawa khas dari England.
Batu tersebut digunakan untuk menggiling daun “Gutta Percha” yang mana hasil
gilingan digunakan untuk membuat kabel bawah laut.
No comments:
Post a Comment